Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa
perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya.
Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu.
Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati
berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat
juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali;
Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32;
Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114
kali.
Apakah semua ini kebetulan?
Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan
sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah
disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh
seluruh manusia.
Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak
mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu
daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan
Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.
Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa
bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan
Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?
Di sinilah kekurangan kita, banyak
membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui
maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui
tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.
Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah
tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha
memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman
dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan
bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama
Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima
nur hidayah.
Allah berfirman, Wahai manusia,
sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi
Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya
(al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w.
ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu
memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah
tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul
Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan)
dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan
percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian
itu."
Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu
diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi
diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh
Allah ke dalam hati
seseorang."
Sudah tentu untuk mendapat nur
itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka
penghubungnya.
Dizaman keagungan Islam
dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu
telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam,
para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa
pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni
global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah
berasal dari al-Quran.
|
0 comments:
Post a Comment